Takaful Sebagai Perlindungan Kewangan Terakhir

Takaful Perlindungan Terakhir

Takaful merupakan pelindung terakhir dalam pertahanan kewangan kita.

Kehidupan kita sekeluarga sentiasa aman sejahtera selagi kita masih hidup di muka bumi ini. Tetapi masalah akan timbul apabila kita sudah pulang ke alam baqa. Hakikatnya, semua pengetahuan, kemahiran dan ilmu yang dimiliki akan hilang bersama-sama kita. Namun, mereka yang bergantung dengan kita masih hidup dan yang lebih pentingnya, perlu terus hidup. Bagaimana dengan nasib mereka pada waktu itu? Apa akan terjadi kepada orang yang kita kasihi setelah kita sudah tiada?

business man with a dollar symbol

 

Jalan penyelesaiannya adalah melalui takaful – penyelesaian yang cukup efektif untuk semua manusia.

Produksi kewangan yang hebat

Takaful ialah alat kewangan yang hebat dan pelindung yang bermanfaat. Tetapi seperti kebanyakan alat, ia hanya berkesan apabila digunakan dengan betul. Samalah halnya jika menggunakan alat keselamatan dengan tidak betul, maka kita akan terdedah kepada lebih banyak bahaya. Menyalahgunakan takaful boleh membuat anda terdedah kepada kesulitan kewangan yang sudah tentu tidak diingini.

Dalam dunia ini, produksi kewangan yang paling disalaherti adalah takaful. Ramai orang meragui produksi yang hebat ini. Takaful tentunya merupakan konsep yang bagus kerana ia dapat bertahan sudah hampir-hampir 500 tahun (industri insurans konvensional). Tidak ada produksi yang dapat bertahan selama itu sekiranya ia tidak mendatangkan kebaikan. Namun, reputasi buruk insurans bukan sahaja wujud di Malaysia tetapi boleh dikatakan di serata dunia.

Perkara ini berlaku kerana

  1. Kebanyakan orang jahil tentang insurans
  2. Hanya segelintir yang arif tentang insurans tetapi apa yang mereka ketahui adalah salah
  3. Segelintir yang tahu banyak mengenainya tidak mahu orang lain turut tahu
  4. Kesemua di atas

Saya rasa jawapan yang betul ialah (4). Ini menyebabkan ramai orang tersalah memilih insurans atau langsung tidak membeli insurans.

Sebenarnya,takaful/ insurans tidaklah rumit atau memeningkan kepala. Setelah mempelajari beberapa perkara asas dan ingat akan asas-asas tersebut, insurans menjadi suatu perkara yang cukup mudah. Anda bukan sahaja akan menjimatkan banyak wang, tetapi yang lebih penting, mempunyai jenis insurans yang sesuai dan perlindungan yang mencukupi. Dan inilah yang kita mahu.

Suatu masa dahulu, ramai orang Islam tidak mahu membeli insurans atas alasan ianya adalah haram. Kini, kita tidak perlu lagi membeli insurans, kerana dengan adanya takaful, kita bukan membeli tetapi ‘menyertai’ pelan takaful. Sebagai seorang peserta, setiap bulan kita akan menderma secara wajib kepada satu tabung yang dikendalikan oleh Takaful operator dan menguruskan tuntutan kepada peserta-peserta yang ditimpa sakit, atau kematian.

Dengan adanya perlidungan Medical Card, lebih ramai orang Islam menyertai pelan takaful, kerana meraka dapat menikmati dan menggunakan kemudahan takaful bukan hanya ketika hilang upaya, namun ketika sakit dan memasuki hospital.

 

Leave A Response

* Denotes Required Field