Sertai Kami di Great Eastern Takaful

Great Eastern Takaful

Assalamualaikum dan Salam Sejahtera,

Ahamdulillah, ramai juga yang mengunjungi blog personal saya www.ahmadhumaizi.com dan menghubungi saya bertanyakan tentang lebih lanjut tentang prosedur untuk menjadi seorang agent takaful dengan Great Eastern Takaful. Ramai juga yang bertanya, kenapa logo GE Takaful dalam business card saya tiada gambar singa tetapi gambar pelangi?

 Untuk pengetahuan anda, saya mewakili Great Eastern Takaful Sdn Bhd dan bukannya Great Eastern Life Assurance Malaysia. Kedua-dua syarikat ini adalah dari dua entiti yang berbeza, di mana Great Eastern Takaful Sdn Bhd (GETsb) hanya memasarkan produk Takaful sahaja, manakala Great Eastern Life Assurance memasarkan produk Konvensional dan Produk Takaful.

Untuk pengetahuan anda, selain dari GE Life, ada beberapa syarikat Insurans lain yang membenarkan agent-agent mereka menjual produk Takaful setelah lulus exam Takaful Basic Examinations. Namun begitu, ada sedikit persoalan yang patut dibangkitkan bagi anda seorang Muslim yang ingin memperjuangkan ekonomi Islam, iaitu tentang kontrak agensi dengan Syarikat Insurans dan bukannya dengan sebuah syarikat takaful. Sebab itu baru-baru ini isu ini ada diutarakan oleh seorang agent prudential life di dalam Akhbar Harakah.

 “Walaupun kami menjual produk Takaful sahaja dan komisen kami dibayar oleh PruBSN, tetapi segala ‘recognition’ yang kami terima contohnya percutian ke luar negara dan Star Club kami masih dibayar oleh Prudential. Ini menyebabkan kami masih mendapat wang hasil yang syubhah (untuk menggunakan istilah yang paling lembut) atau lebih tepat lagi, haram.”

 “Disebabkan saya mempunyai dua lesen, agen-agen di bawah saya juga mempunyai dua lesen. Jadi, mereka bebas menjual produk sama ada Takaful atau konvensional. Apa yang saya risaukan ialah apa yang akan berlaku pada masa akan datang. Sekarang, saya mampu mendidik mereka dan mengawal mereka daripada menjual produk konvensional, tetapi apakah nasib sekiranya nanti agen saya terlalu ramai; atau saya sudah tiada.”

“Jika saya sudah berjaya menjadi pengurus nanti, selagi kod agen saya masih hidup saya akan mendapat ‘overriding’ daripada mereka juga. Maknanya, ada kemungkinan saya masih mendapat ‘overriding’ daripada agen bawahan saya yang menjual produk konvensional walaupun saya sudah masuk kubur! Saya bukan arif, tetapi saya teringat ayat hadis yang menyatakan setiap daging yang tumbuh daripada rezeki yang haram, maka nerakalah tempat paling sesuai baginya!”

 ( http://rahsiakewangan.com/takaful/agen-prudential-dalam-dilema/ )

Jadi, isu sebegini harus dititik beratkan oleh anda yang berminat untuk menjadi agen takaful kerana dengan menyertai syarikat yang 100% memasarkan produk takaful, seperti GE Takaful Bhd, PruBSN Sdn Bhd, Takaful Ikhlas, MAA Takaful, anda hanya perlu lulus SATU exam sahaja, iaitu Takaful Basic Examination.

Sekiranya anda menyertai Syarikat Insurans Konvensional (Life Assurance), anda mungkin dibenarkan untuk menjual produk takaful, tetapi anda terlebih dahulu disyaratkan untuk lulus exam peperiksaan Prakontrak Untuk Ejen Insurans (Pre-Contract Examination for Insurance Agents) serta peperiksaan The Certificate Examination in Investment-Linked Life Insurance (CEILI) yang mana mereka boleh menjual produk berkaitan pelaburan, selain menjual polisi insurans hayat. Ejen yang lulus harus berdaftar dengan Persatuan Insurans Am Malaysia (PIAM) bagi ejen insurans am dan Persatuan Insurans Hayat Malaysia (LIAM) bagi ejen insurans hayat. Melalui cara ini mereka akan memperoleh lesen ejen yang diperlukan sebelum memulakan perniagaan mereka.

Persoalannya, kenapa anda perlu menduduki 2 Exam lain, iaitu Pre Contract Exam for Insurance Agent dan CEILI sekiranya anda memang tiada langsung mempunyai niat untuk menjual produk konvensional? Bukankah niat kita memasarkan produk Takaful untuk meningkatkan Sistem Muamalah Islam, jadi adalah lebih baik kita hanya berdaftar dengan Syarikat Takaful 100% seperti GE Takaful, PruBSN, MAA Takaful, Takaful Ikhlas tanpa perlu mengikat komitmen dengan Syarikat Life Insurance?

Jadi, tepuk dada tanya Iman..anda tidak perlu susah-susah untuk sit for 3 exam untuk jadi agent Takaful… 1 Exam saja sudah mencukupi, iaitu Takaful Basic Examination. Kos lebih rendah (di dunia), dan yang pastinya, untuk jangka masa panjang, anda tidak perlu risau untuk menerima komisyen dari kumpulan anda yang mungkin tersasar dan tergoda untuk menjual produk konvesional.

Jom sertai kami di Great Eastern Takaful Berhad, sila hubungi saya untuk info lanjut.

Salam Ceria,

Humaizi, Unit Manager
Great Eastern Takaful Sdn Bhd
019-3726080

Great Eastern Takaful

Leave A Response

* Denotes Required Field