Kenali Saya

Terlebih dahulu saya ingin mengucapkan ribuan terima kasih di atas kesudian anda mengunjungi blog saya. Nama saya Ahmad Humaizi bin Mat Noor. Saya menerima pendidikan awal dan pertengahan di Kelantan dan meneruskan pengajian dalam bidang Undang-undang di Universiti Islam Antarabangsa (IIUM) dan mendapat Ijazah LLB pada tahun 2001 serta Master in HR Management daripada UUM pada tahun 2010.

Memulakan kerjaya di Malaysian Employers Federation selama 6 tahun, seterusnya di Utusan Melayu (M) Bhd, RHB Bank Berhad, Dutch Lady Milk Industries Berhad dan akhirnya di Scope International (M) Sdn Bhd (Subsidiary of Standard Chartered Bank UK Ltd).

Pada tahun 2011, saya telah mengambil keputusan untuk meninggalkan alam pekerjaan dan menceburkan diri dalam bidang Perancangan Kewangan Islam, dan alhamdulillah, saya telah mendapat sijil Certified Islamic Financial Planner pada tahun 2012.

Dengan itu, peranan kami sebagai IFP bukan setakat hanya memasarkan dan menjual produk kewangan sahaja, ianya lebih kepada mendidik masyarakat tentang kepetingan perancangan kewangan untuk kita mencapai Al-Falah, iaitu kejayaan di dunia dan juga di akhirat.

Setakat hari ini saya masih lagi tidak terikat dengan Financial Advisory Firm, dan meneruskan bidang ini dengan menjadi Consultant Unit Trust, Takaful dan Wasiat independently. Mungkin situasi negara kita masih lagi bebeza dengan negara luar, di mana pembayaran fees untuk financial advisor tidak begitu meluas lagi, namun ianya tidak mustahil suatu hari nanti.

Semoga dengan kehadiran Blog ini saya dapat kongsikan cerita-cerita tentang kepentingan Takaful kepada Umat Islam semua. InsyaAllah.

Ahmad Humaizi IFP
Unit Manager, Great Eastern Takaful Sdn Bhd
0193726080

 

 

 

Leave A Response

* Denotes Required Field