Isteri Saya Mampu Teruskan Kehidupan

Takaful

Assalamualaikum Sahabat-sahabat semua,

Bila berbual dengan orang ramai, berbicara tentang bermulanya kehidupan baru di alam barzakh, tiada siapa dapat menduga bila kita akan dibawa oleh Allah ke alam sana. Ini adalah satu fakta dan kita tidak dapat lari dari kematian.

Alhamdulillah sekiranya kita telah bersedia dari segi amalan dan saham untuk di bawa ke sana, dan kita sentiasa mendoakan kepada Allah agar mengurniakan Rezeki Umur yang panjang untuk kita mengumpul amalan-amalan baik untuk dibawa ke alam barzakh.

Namun ada juga yang tidak sangka dijemput Allah ke alam barzakh lebih awal. Pada waktu paginya sempat bergurau senda dengan isteri dan anak-anak tercinta, namun pada sebelah tengaharinya secara tiba-tiba dikejutkan berita tentang kemalangan, serangan sakit jantung secara tiba-tiba dan sebagainya. Ini semua ketentuan Ilahi yang mengambil nyawa kita lebih awal dari apa yang kita mungkin tidak pernah sangkakan.

Kehilangan seorang Ayah.. seorang Suami memang kita tidak mampu gantikan secara sempurna. Namun, kehilangan seorang ayah akan lebih dirasai sekiranya Ayah menanggung segala perbelanjaan keluarga dan tiba-tiba terhenti punca pendapatannya.

Sememangnya mustahil untuk kita sediakan pendapatan berterusan untuk keluarga sehingga besar (kecuali bagi yang mengambil perlindungan Jutaan RM), namun kesedihan yang dialami isteri pasti akan sedikit terubat sekiranya mendapat tahu si suami telah menyediakan satu dana untuk keluarga tersayang sebelum meninggalkan mereka buat selamanya. Inilah BUKTI kasih, cinta, ihsan seorang Ayah dan Suami untuk keluarga tersayang.

Sabda Rasulullah SAW yang bermaksud:

“Tinggalkan anak-anak dan isteri kamu dengan kesenangan adalah lebih baik daripada meninggalkan mereka dalam keadaan meminta-minta”

Riwayat Bukhari

Semoga kisah yang saya paparkan di bawah ini dijadikan satu pengajaran untuk kita semua, Insya Allah.

 

wanita kematian suami yang meninggalkan hutang

Takaful

Leave A Response

* Denotes Required Field