Badal Haji PERCUMA Dengan Great Eastern Takaful

Badal Haji

Menunaikan Ibadah Haji adalah salah satu rukun Islam, dan setiap Muslim seharusnya bercita-cita untuk menunaikan ibadah haji semasa sihat dan muda. Sekiranya anda mendaftar dengan Tabung Haji pada tahun 2015, bilakah tarikh jangkaan anda akan menunaikan haji? Jangan terkejut kerana tarikh menunggu adalah sehingga 30-40 tahun lagi! Menunaikan ibadah haji adalah jemputan dari Allah, dan sekiranya ada rezeki InsyaAllah kita boleh menunaikan lebih awal lagi.

Namun kita hanya merancang dan Allah yang menentukan. Ada ketikanya kita dijemput awal untuk berhijrah ke alam barzakh, dan bagaimana kita ingin pastikan kewajipan kita sebagai Muslim untuk tunaikan ibadah Haji terlaksana? Di sinilah datangnya Badal Haji.

Haji Badal atau Haji Niyabah (Haji Gantian) ialah sejenis Haji yang ditunaikan oleh seseorang untuk orang lain menurut syarat-syarat yang tertentu. Ia khusus dilaksanakan demi mereka yang Muslim yang sepanjang hidupnya atau hayatnya merupakan seorang yang berkemampuan (dari segi kewangan) untuk melaksanakan Haji, tetapi dari segi batiniah (badannya) ia terlau tua atau uzur sehingga dia tidak ada harapan lagi untuk menunaikan Haji di Makkah.

Oleh yang demikian, orang Muslim yang begini perlulah menginfakkan sedikit hartanya untuk menunaikan Haji bagi dirinya tetapi ibadah Haji itu dilaksanakan oleh orang lain yang berkemampuan dari aspek fizikal, rohani dan jasmani.

Dengan Great Eastern Takaful, anda boleh mendapatkan perlindungan Badal Haji percuma dengan produk i-great Amal dan juga boleh memasukkan manfaat Badal Haji dalam semua produk termasuk Investtment Link Takaful.

Badal Haji Percuma dengan Great Eastern Takaful

Baru-baru ini Great Eastern Takaful berhad telah menyampaikan sijil Badal Haji kepada waris salah seorang peserta takaful yang meninggal dunia baru-baru ini. Semoga Roh Arwah ditempatkan di taman-taman Syurga. Ameen.

Badal Haji

Leave A Response

* Denotes Required Field