Anda Ahli Perniagaan?

Lindungi syarikat anda daripada risiko perniagaan melalui takaful

 

Sebagai ahli perniagaan, anda mengambil risiko dan menguji keupayaan anda di pasaran setiap hari. Tetapi bagaimana jika sesuatu terjadi ke atas anda, atau pengarah jualan anda terlibat di dalam kemalangan? Adakah perniagaan anda bersedia untuk menghadapi kecemasan-kecemasan seperti ini?

 

Kerja keras dan impian boleh musnah jika ‘key person’ hilang upaya secara tiba-tiba. Pemiutang mungkin akan panik dan meminta anda membayar mereka dengan segera.

 

Syarikat anda mungkin menghadapi penurunan keuntungan disebabkan oleh gangguan operasi perniagaan. Moral pekerja akan jatuh kerana memikirkan keadaan syarikat yang membahayakan kestabilan kedudukan pekerjaan mereka.

 

Takaful perniagaan akan memperbaiki kedudukan ini dengan cara mengurangkan kesan kewangan ke atas situasi yang diluar kawalan anda ini.

 

Jangan keliru akan jenis takaful ini dengan takaful hayat untuk diri anda. Jika anda mempunyai keluarga yang bergantung atas pendapatan anda, anda perlu mengambil polisi takaful hayat persendirian untuk keluarga anda. Takaful perniagaan hanya untuk syarikat anda.

 

Key man takaful

 

Key man takaful adalah takaful hayat yang diambil ke atas ‘key person’ di dalam perniagaan. Mereka ini selalunya terdiri daripada pemilik, pengasas atau mungkin juga kakitangan penting seperti pengarah urusan bagi sesebuah syarikat. Kehilangan mereka ini berkemungkinan memberi kesan yang negatif ke atas syarikat.

 

Di bawah polisi ini, syarikat akan menerima bayaran jika ‘key person’ ini meninggal dunia tanpa dijangka. Diharapkan, wang tersebut dapat membantu syarikat bertahan walaupun menghadapi kesukaran akibat kehilangan orang tersebut. Syarikat boleh menggunakan wang tersebut sementara mendapat pengganti, membayar hutang, dan menguruskan syarikat ketika waktu-waktu sukar.

 

Takaful perlindungan kredit

 

Jika anda mengambil pinjaman bank untuk membiayai perniagaan anda, institusi kewangan tersebut akan meminta jaminan bahawa pinjaman tersebut akan dibayar.

 

Jika tiada pengurusan risiko yang baik, aset persendirian anda akan digunakan untuk membayar hutang-hutang syarikat. Keluarga anda hanya akan mewarisi baki aset jika ada. Dibawah polisi ini, pampasan takaful boleh digunakan untuk membayar hutang perniagaan.

 

Perjanjian Beli-jual

 

Bila pemilik perniagaan meninggal dunia atau bersara, perjanjian beli-jual dapat menjamin perniagaannya dalam keadaan stabil dan terurus dengan sebaik mungkin.

 

Ia akan memastikan warisnya menjual perniagaannya kepada mereka yang dia pilih. Pewaris juga dapat menukarkan saham perniagaannya dalam bentuk tunai.

 

Wang ini dapat membantu menyelesaikan hutang persendirian beliau dan juga memberi pendapatan kepada warisnya. Ia juga memastikan saham perniagaannya terjual dengan harga yang patut dan munasabah.

 

Persaraan Kontraktual

 

Banyak syarikat didalam dilemma untuk melatih pekerja mereka disebabkan risiko pekerja tersebut berpindah ke syarikat pesaing yang mempunyai kewangan yang lebih baik. Disebalik menawarkan gaji yang lebih tinggi, strategi yang efektif untuk mengekalkan pekerja ini, adalah dengan cara mengambil polisi persaraan kontraktual.

 

Ia sebenarnya adalah pelan persaraan yang diambil dalam bentuk polisi takaful. Syarikat membeli polisi tersebut untuk menunjukkan syarikat mengambil berat atas persaraan pekerja.

 

Syarikat boleh memilih untuk memberi bayaran bonus kepada pekerja secara beberapa kali bayaran dalam jangkamasa yang tetap atau bayaran sekaligus pada masa persaraan. Lebih penting lagi, pembiayaan polisi tersebut hanya memberi impak yang minimum ke atas aliran tunai syarikat, tetapi memastikan pulangan ketika pekerja bersara.

 

Takaful bukan hanya perlindungan terhadap malapetaka. Ia mempunyai faedah dan kelebihan yang positif kepada pemilik perniagaan. Ia membantu mengekalkan pekerja yang berharga kepada syarikat, melindungi syarikat daripada tenggelam apabila kehilangan ’key person’ dan juga melindungi aset keluarga dan persendirian daripada pemiutang perniagaan.

 

Seperti juga dengan polisi takaful yang lain, beli satu yang sesuai dengan keperluan serta bajet, agar syarikat dapat beroperasi dengan lancar tatkala sesuatu yang buruk terjadi.

 

Untuk mendapatkan maklumat lanjut tentang Keyman Takaful, sila hubungi saya, Humaizi 0193726080 hari ini juga.

 

Leave A Response

* Denotes Required Field